Tarikh: 1/07/2018
Masa: 8:00am – 12:00pm
Tempat: SEKOLAH TAHFIZ AL-QURAN AL-ANSAR
Majlis dimulai pada pukul 8:00 pagi. Tujuan diadakan adalah untuk memberitahu  ibubapa prestasi pencapaian hafazan pelajar. Keputusan pencapaian setengah tahun pelajar seperti lampiran di bawah. Masalah disiplin pelajar turut diperbincangkan kerana kebelakangan ini masalah salah-laku disiplin pelajar agak meningkat. Antara kesalahan pelajar yang dilakukan iaitu merokok di kawasan sekolah, membawa telefon mudah-alih ke sekolah tanpa kebenaran, memuat-turun dan melayari applikasi web yang tidak sepatutnya seperti web lucah dan keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran. Semoga pertemuan dan perbincangan  bersama ibubapa ini dapat membantu memperbaiki prestasi pelajaran dan disiplin pelajar pada masa akan datang.