KESALAHAN BESAR/BERAT

KESALAHAN KATEGORI PERTAMA

  1. Menghisap atau menjual rokok/ dadah.
  2. Bergaduh/ memukul/ mencederakan.
  3. Membuli.
  4. Berjudi.
  5. Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  6. Homoseksual/gay.
  7. Tidak menghormati/lawan guru.
  8. Memnum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.
  9. Semua kesalahan yang menjadi kes polis.

HUKUMAN

  1. Dikenakan tindakan buang atau gantung sekolah serta merta.

KESALAHAN KATEGORI KEDUA

  1. Mengugut atau mengancam pelajar lain.
  2. Mencuri.
  3. Merosakkan harta benda sekolah atau harta persendirian guru-guru/kakitangan sekolah.
  4. Lewat masuk asrama (pukul 6 petang).
  5. Mengeluarkan kata-kata lucah.

HUKUMAN

  1. Dikenakan tindakan gantung sekolah bersyarat.

KESALAHAN KATEGORI KETIGA

  1. Tidak solat berjamaah.
  2. Melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
  3. Membuat kotor.
  4. Lewat hadir ke sekolah.
  5. Ponteng kelas.

HUKUMAN

  1. Dikenakan tindakan amaran/ gantung / buang sekolah (5 kali amaran/ rekod)

KESALAHAN KATEGORI KEEMPAT

  1. Lari dari asrama tanpa kebenaran.
  2. Membawa rakan sama ada pelajar sekolah (bekas pelajar) atau orang luar ke kawasan asrama.

HUKUMAN

  1. Dikenakan sebatan rotan tidak melebihi tiga kali/gantung asrama/gantung persekolahan/lain-lain yang wajar.

KESALAHAN SEDERHANA

KESALAHAN

  1. Membawa, memiliki dan menggunakan peralatan elektrik yang ditegah/dilarang dibawa masuk ke asrama/ sekolah.
  2. Ponteng kelas al-Quran/ ulangkaji.
  3. Menulis kepada surat khabar atau majalah tanpa pengetahuan pihak sekolah.
  4. Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan sederhana seperti yang terkandung dalam peraturan sekolah.

HUKUMAN

  1. Dikenakan sebatan rotan (sekiranya munasabah)/gantung persekolahan.

KESALAHAN RINGAN

KESALAHAN

  1. Merayau-rayau semasa sesi pembelajaran berjalan.
  2. Semua kesalahan yang terkandung dalam senarai kesalahan ringan seperti yang terkandung dalam peraturan sekolah.

HUKUMAN

  1. Pelajar diberi nasihat/ amaran/ rotan tidak melebihi 1 kali.
  2. Jika Kesalahan Telah Melebihi 5 Kali : Ibu Bapa akan dipanggil untuk sesi kaunseling bersama pelajar terbabit.
  3. Jika Kesalahan Berulang : Pihak Sekolah akan menggunakan budi bicara dan kemungkinan pelajar berkenaan akan diambil tindakan gantung sekolah atau ditamatkan pengajian.
Scroll to Top