Seperti yang sedia maklum Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar kini membuka pendaftaran bagi pengambilan pelajar baharu

Syarat Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Pelajar lelaki
3. Umur 13 tahun ke atas
4. Boleh membaca Al-Quran
5. Wajib menetap di asrama

Pemohon akan ditemuduga (termasuk menduduki ujian lisan dan bertulis). Keputusan temuduga / ujian itu yang akan menentukan sama ada pemohon diterima masuk atau sebaliknya. Dalam kes-kes tertentu pihak Pengurusan Maahad berhak menolak permohonan masuk, sekiranya pemohon memiliki rekod jenayah, penggunaan dadah, berakhlak amat buruk atau sebagainya.

Cara Memohon

1. Dapatkan Borang Permohonan di Pejabat Pengurusan Tahfiz atau dengan memuat turun borang di dalam Laman web: http://www.tahfizalansar.org.my
2. Cara menghantar Borang Permohonan yang telah lengkap diisi.

Kaedah 1: Borang Permohonan yang telah lengkap diisi, hendaklah dihantar ke Pejabat Pengurusan Tahfiz di alamat:

Pejabat Pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ansar Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, 817500 Masai, Johor.

Kaedah 2: Isikan setiap borang yang dimuat turun dan hantarkan menerusi email ke sekolahtahfizalquranalansarpj@gmail.com

3. Tarikh tutup permohonan pada: 30hb November 2021
4. Pihak kami akan memaklumkan penerimaan permohonan dan, jika layak, akan mengaturkan tarikh temuduga.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk membuat pendaftaran, anda boleh download Borang Permohonan untuk memasuki Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar di bawah ini bagi memudahkan urusan.

Atau anda boleh klik di link tertera di bawah ini untuk download Borang Permohonan Kemasukan ke Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar.

Scroll to Top